Refleksi Minggu Keempat
Assalamualaikum WBT, salam Sejahtera dan salam 1Malaysia.
Memilih bahan sastera, memilih bahan tatabahasa dan memilih satu bidang ilmu bahasa lainnya merupakan tugasan yang harus diselesaikan oleh guru pelatih yang berada di dalam jam interaksi pensyarah pembimbing subjek PP Berbantukan Komputer BMM3105. Seperti yang diketahui ramai subjek PP Berbantukan Komputer ini merupakan subjek di mana penggabungjalinan di antara penyampaian dan pengajaran disampaikan secara langsung dengan bantuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi agar lebih menarik, ringkas, bermakna dan efektif.
Pemilihan bahan sastera diceraikan kepada subtajuk iaitu bidang prosa dan puisi. Subtajuk prosa pula terbahagi kepada kupasan bahan yang lebih kepada pemilihan satu bahan prosa klasik (pantun) dan prosa moden (cerpen). Oleh yang demikian, skop pencarian maklumat atau bahan untuk proses P & P yang berunsurkan pengajaran berkaitan sastera dapatlah disediakan lebih awal dan bolehlah dijadikan sebagai medium rujukan. Sepegetahuan kita, bentuk sastera berbentuk tradisional dan moden. Pantun merupakan salah satu contoh prosa klasik yang merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Manakala prosa moden yakni cerpen merupakan seni yang disampaikan melalui bahasa yang merujuk kepada segala pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak.
Begitu juga yang dibutuhkan dalam skop pencarian bahasa tatabahasa yang dicerakinkan kepada dua subpencarian iaitu bahan morfologi dan bahan sintaksis. Secara ringkasnya, bidang kajian morfologi merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama manakala bidang kajian sintaksis ialah bidang bahasa yang tugasnya mengkaji rumus-rumus yang menerbitkan ayat-ayat gramatis sesuatu bahasa serta hukum-hukum tentang susunan kata yang menyebabkan terjadinya ayat sebagai sesuatu bentuk binaan bahasa yang sempurna.
Carian bahan Internet berunsurkan sejarah juga telah saya sertakan bagi memudahkan kita sebagai bakal guru dapat mengakses bahan tersebut bagi menjalani proses P & P dengan lebih mudah dan bermakna.
Rasionalnya pencariana dan pemilihan bahan ini adalah memudahkan lagi guru ,mengajar akan subjek yang berkaitan dengan adanya usaha dalam mencari dan menyimpan maklumat dan bahan-bahan tersebut. Tambahan lagi, mengelak daripada membuang masa jam interaqksi dapat juga dielakkan, kerana proses penyampaian guru dapatlah berjalan secara lancar dan mencapai objektifnya yang tersendiri pada akhir pengajaran. Hal ini juga, membolehkan guru tersebut lebih bersedia terlebih awal sebelum masuk dan melakukan proses penyampaian pada hari tersebut.
Sekian Terima Kasih,
Rudy Roslan.