Refleksi Minggu Ketiga
Assalamualaikum WBT, salam Sejahtera dan salam 1Malaysia.
Tugasan pada minggu ini memerlukan saya sebagai guru pelatih yang mengambil opsyen bahasa Melayu di IPG Kampus Keningau berpakejkan subjek PP Berbantukan Komputer pada semester 3 ini menyiapkan sub tugasan subjek tersebut pada minggu ini berkaitan dengan aplikasi garis panduan dan etika penggunaan Internet. Hal ini merupakan salah satu perkara penting yang perlu di fahami dan dipatuhi oleh mana-mana pengguna yang menggunakan Internet secara langsung mahupun tidak langsung.
Hal ini kerana, melalui penggunaannya seperti proses memuat naik dan memuat turun bahan-bahan yang terdapat pada Internet mestilah digunakan dengan baik dan bermatlamat. Jelasnya di sini segala penggunaan tersebut merupakan sebahagian besarnya melibatkan individu orang lain yang membawa nama, jenama dan produk mereka terhadap bahan yang kita gunakan di dalam Internet tersebut.
Berbalik kepada sub tugasan, memuat turun garis panduaan dan etika penggunaan Internet laku memindahkan maklumat yang penting sahaja dan bermakna bagi memahamkan dan menjelaskan tentanhg kebaikan dan keberkesanan sekiranya segala etika dan peraturan penggunaan Intertnet tersebut digunakan dengan bijak yakni tidak memudaratkan dan menjatuhkan mana-mana pihak. Tambahan lagi, sekiranya seorang individu telah melanggar kod etika penggunaan bahan-bahan Internet tersebut mereka bolehkan disabitkan dan dijatuhi dengan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan.
Sesudah itu, dengan adanya maklumat yang telah di muat turun, perlulah diinterprestrasi ke dalam bentuk powerpoint dan brosur bagi menerangkan perkongsian maklumat yang diperolehi secara, jelas, ringkas, menarik dan bermakna kepada pembaca yang akan membaca maklumat tersebut.
Secara pandangan ilmiahnya, saya beranggapan dengan adanya garis panduan dan etika penggunaan Internet yang telah digubal merupakan salah satu langkah inisiatif yang amat bijak dalam meyekat sebarang unsur-unsur yang berbaur penganiayaan atau sabotaj kepada individu atau firma lainnya. Tambahan lagi, melaluinya juga, proses memuat naik dan memuat turn bahan-bahan internet ini diharapkan digunakan pada jalan yang betul dan bermatlamat.
Sekian Terima Kasih,
Rudy Roslan.