KEMAHIRAN LISAN
Kemahiran lisan atau kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur adalah komunikasi bahasa yang paling asli dan saling lengkap-melengkapi. Kedua-dua kemahiran ini diajarkan kepada murid-murid supaya mereka boleh memahami dan menghayati perkara-perkara yang didengar dalam pelbagai situasi. Seterusnya mereka dapat bertindak balas melalui pengucapan yang gramatis.
Kemahiran mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan serta dapat memberikan maklum balas. Manakala kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan.
Bagi memudahkan proses penyampaian PP Bahasa Melayu Sekolah Rendah, kedua-dua kemahiran ini bolehlah disampaikan dalam bentuk yang lebih ringkas, padat dan bermakna yakni dalam bentuk video, audio, dan grafik.

Contoh-contoh Bahan PP Kemahiran Lisan
Sila klik pautan di bawah untuk memuat turun contoh-contoh Kemahiran Lisan .
Bentuk Grafik :
grafik.rar | |
File Size: | 64 kb |
File Type: | rar |
Bentuk Video :
| Bentuk Audio :
|