Refleksi Minggu Kedua
Assalamualaikum WBT, salam Sejahtera dan salam 1Malaysia.
Syukur alhamdullilah daku panjatkan kepada-Nya kerana kita masih lagi di berikan peluang dan ruang untuk terus hidup pada hari ini. Berbalik kepada tugasan pada minggu kedua yakni penggunaan medium Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) seperti internet melalui enjin pencarian pada aplikasi Google Chrome, Internet Explorer, Mozilla Firefox dan sebagainya terhadap proses Pengajaran dan Pembelajaran bahasa Melayu yang saya rasakan amatlah bersesuaian pada era globalisasi ini. Hal ini kerana, dengan adanya bantu penggunaan tersebut bahan-bahan yang berkaitan secara langsung memudahkan lagi proses penyampaian dan penerimaan P & P di dalam kelas dan luar kelas.
Jelasnya di sini, 3 bentuk kemahiran berbahasa yang terdapat di dalam proses P & P yang perlu dititikberaktan penyampaian dan kesinambungannya yakni Kemahiran Lisan, Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis terutamanya apabila seorang guru menjalankan sesebuah Rancangan Pengajaran Harian (RPH) sewaktu jam interaksi berlangsung sama ada dari segi pemilihan aktiviti, langkah pengajaran dan kemahiran yang ingin dikuasai oleh murid-murid pada masa tersebut. Bagi memudahkan proses penyampaian tersebut dengan penyimpan bahan-bahan yang telah dicari dan digunakan bolehlah dikateogrikan sebagai bahan bercirikan luwes. Ciri bahan yang dikatakan luwes ialah bahan dalam bentuk softcopy atau hardcopy yang boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja dan dimanakan sahaja diperlukan.
Mengkategorikan ketiga-tiga kemahiran kepada folder yang beransingan mampu memudahkan lagi guru tersebut menggunakan bahan tersebut sebagai rujukan atau panduan terhadap pemilihan jenis dan bentuk pelaksanaan proses P & P pada hari tersebut. Tambahan lagi, di simpan dalam bentuk video, audio, teks atau grafik merupaka garis panduan yang perlulah di patuhi bagi mana-mana kemahiran mengikut kesesuaian bahan tersebut. Sebagai contoh kemahiran Lisan memerlukan bahan tersebut di simpan dalam bentuk video, audio, dan grafi manakala bagi kemahiran Menulis pula, bahan-bahan tersebut perlulah di simpan dalam bentuk audio, grafik, audio dan teks.
Rasionalnya di sini, dengan adanya bahan P & P yang siap sedia di simpan dan kategori bolehlah di jadikan sebagai rujukan kepada seorang guru tersebut untuk menggunakannya pada bila-bila masa sekiranya dirasakan perlu bagi mengukuhkan lagi proses penyampaian yang dilaksanakan oleh oleh beliau. Tambahan lagi, P & P tersebut dijalankan mnegikut tahap kesediaan dan penerimaan murid yang mengalami secara langsung secara lebih menarik, bermakna dan berterusan.
Sekian Terima Kasih,
Rudy Roslan