Refleksi Keseluruhan
Assalamualaikum WBT, salam Sejahtera dan salam 1Malaysia.
Saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya telah menganugerahi kudrat kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini sebelum tarikh akhir.
Tugasan ini adalah berhubungkait dengan silabus kami dalam subjek PP Berbantukan Komputer (BMM 3106). Oleh itu, tugasan ini adalah sejenis pengaliran ilmu yang secara langsung dan berkesan. Kami dapat mencapai pemahaman yang lebih mendalam mengenai pengaplikasian ilmu yang telah kami perolehi dalam topik-topik tertentu yang telah kami pelajari. Lantaran adalah amat berguna untuk kami sebagai seorang bakal guru yang berjaya pada masa depan.
Taklimat ringkas mengenai kerja kursus dan pelaksanaannya telah disampaikan oleh pensyarah pembimbing bagi subjek elektif tersebut iaitu Mohd Firdaus Abd Salam sebaik sahaja tugasan diterima. Hal ini demikian kerana penjelasan yang terang penting untuk mendapatkan pemahaman yang baik tentang permintaan tugasan. Pemahaman adalah sangat penting bagi mengolah dan menghasilkan kerja yang berkualiti. Hal ini demikian kerana fikiran kita akan menjadi bercelaru dan keruh sekiranya tidak jelas dengan permintaan soalan.
Sebagai seorang pelajar, saya sememangnya tidak pernah lari daripada berhadapan dengan masalah semasa menyiapkan tugasan yang diberikan. Antara masalah utama saya adalah dari segi perancangan masa yang tidak begitu efisien. Oleh kerana penyerahan tugasan ini bertindih dengan tugasan KKP yang lain, saya semakin sukar untuk membuat perancangan masa dengan baik. Tambahan lagi, proses pelaksanaan tugasan ini amatlah berbeza dengan tugasan pensyarah lainnya kerana memerlukan kami membuat
Melalui kerja kursus ini, saya telah memperolehi banyak pengetahuan yang lebih mendalam khususnya, dalam bidang yang berkaitan dengan subjek ini. Semasa membuat kerja kursus pendek ini, saya secara tidak langsung dapat memahami serta mengetahui tentang corak dan bentuk hubungan etnik yang selama ini dijalankan dan dipraktikkan oleh rakyat Malaysia. Sebagai contoh, pengenalan kepada konsep-konsep di dalam hubungan etnik itu sendiri lebih mendalam sekiranya kita telesuri. Yang pastinya rakyat Malaysia seharusnya berusaha mengekalkan keutuhan, keeratan dan kesinambungan ini agar tetap kekal dan terpelihara identitinya yang bercorakkan acuan Malaysia.
Selepas berbincang dengan rakan saya melakukan kerja saya tanpa sebarang masalah. Secara tidak langsung proses membuat kerja kursus ini juga dapat mewujudkan ikatan silaturahim antara kami serta memberikan kesedaran kepada kami tentang betapa pentingnya pengetahuan tentang Hubungan Etnik terutamanya kepada kami iaitu bakal pendidik yang dilabelkan sebagai suri teladan kepada lainya. Oleh itu, saya telah mendapat beberapa nilai yang sangat bermakna iaitu kita perlu berusaha dengan gigih serta berfikiran positif semasa melakukan satu kerja seperti kata-kata hikmat daripada Dharmawijaya, iaitu “sekiranya kita memikirkan sesuatu yang positif maka kita akan mendapat sesuatu yang positif tetapi sekiranya kita memikirkan sesuatu yang negatif, kita akan mendapat sesuatu yang negatif.
Di samping itu, kerja kursus ini sebenarnya telah banyak memberi faedah kepada saya dalam meningkatkan kemahiran saya dalam mencari maklumat, berkomunikasi semasa perbincangan serta member pendedahan awal dalam profesion perguruan. Saya telah dapat meningkatkan ilmu pengetahuan saya.
Sepanjang saya menjalankan kerja kursus ini, saya telah menghadapi banyak masalah. Perasaan tertekan, terutamanya tekanan yang saya hadapi disebabkan oleh bebanan kerja yang banyak kerana masih ada banyak lagi tugasan yang perlu disiapkan dalam masa yang singkat kerana masih terdapat banyak kerja lain yang perlu diuruskan iaitu kerja kursus lainnya seperti Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku, Kurikulum Anatomi dan Fisiologi dan sebagainya. Namun berkat usaha yang gigih, akhirnya saya berjaya melaluinya dengan tenang.
Di samping itu, kerja kursus ini menggalakkan lagi pelatih untuk kerap membuat rujukan dalam apa jua tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Kekerapan membuat rujukan membolehkan seseorang itu memahami suatu topik dengan lebih mendalam. Selain itu, sikap ingin tahu secara lebih mendalam juga dapat dipupuk dalam kalangan pelatih. Contohnya, apabila seseorang pelatih mengalami kekeliruan semasa menyiapkan tugasan, pelbagai persoalan akan timbul dan ini akan meningkatkan lagi sikap ingin tahu dan sikap suka bertanya dalam kalangan pelajar. Ilmu yang kita dapat juga bertambah dan berguna untuk masa hadapan. Saya telah membuat banyak rujukan melalui pelbagai media contohnya laman sesawang dan buku contohnya mencari maklumat tentang maklumat berkaitan dengan tugasan. Kesemua rujukan tersebut telah memudahkan lagi proses pembuatan kerja kursus ini.
Komitmen yang tinggi untuk menjayakan dan menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan hendaklah diterapkan dalam diri seorang guru agar mampu menjadi guru yang berkaliber, berilmu dan mampu menjadi aset dan mangkin perubahan kepada generasi akan datang kelak. Walaupun berhadapan dengan pelbagai ujian, seorang guru itu harus tabah dalam meneruskan misi sebagai pendidik anak bangsa. Dalam hal ini, saya telah cuba sedaya upaya untuk diri saya. Segala halangan dan cabaran yang telah saya tempuhi akan saya jadikan sebagai iktibar dan pengalaman serta dijadikan sebagai kayu ukur untuk memperbaiki lagi diri ini. Sekian