ETIKA PENGGUNAAN INTERNET DAN LAMAN WEB
Perkembangan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah membuka peluang kepada komunikasi yang lebih cepat, mudah dan membolehkan maklumat dihantar dan diterima dengan pantas. Salah satu kaedah komunikasi yang semakin luas penggunaannya ialah Internet dan mel elektronik (e-mel).
Contoh-contoh penggunaan Internet dan Laman Web.
Komunikasi secara elektronik juga dilihat sebagai salah satu saluran penting dalam membantu mewujudkan perkongsian maklumat. Tambahan pula, kaedah ini membolehkan proses penghantaran dan penerimaan sesuatu maklumat dilaksanakan dengan lebih cepat dan mudah. Bagaimanapun, pengurusan Internet dan e-mel yang tidak terkawal boleh menjejaskan keselamatan maklumat. Justeru, perlindungan keselamatan yang bijaksana perlu diwujud dan disesuaikan bagi menjamin kesahihan, keutuhan dan kebolehsediaan maklumat yang berterusan.
Penyediaan bahan dan sumber daripada laman sesawang seharusnya bijak digunakan, berhemah dan berperaturan. Hal ini kerana, sebarang penggunaan yang tidak sihat memungkinkan pengguna tersebut telah melanggar etika penggunaannya yang sehinggakan boleh didakwa kerana memplagiat hasil kerja individu lainnya tanpa kebenaran.
Bagi memudahkan pemahaman berkenaan etika penggunaan internet dan laman web ini, anda bolehlah memuat turun aplikasi Portable Document Format (PDF) di bawah ini yang akan menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan topik yang dibincangkan. Sumber diperolehi daripada PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2003 : JABATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA (28 November 2003).

PDF Penggunaan Internet dan Laman Web.
Sila klik pautan di bawah untuk memuat turun PDF.
ict_mampu_web_emel.pdf | |
File Size: | 516 kb |
File Type: |