Refleksi Minggu Kelima
Assalamualaikum WBT, salam Sejahtera dan salam 1Malaysia.
Pakej pembelajaran merupakan satu set koleksi cadangan strategi P&P, aktiviti, bahan sumber dan prosedur pelaksanaan yang dirancang untuk membantu pelajar menguasai bidang & hasil pembelajaran tertentu dalam spesifikasi kurikulum mata pelajaran mana-mana subjek yang telah dipilih untuk dijalankan proses P & Pnya. Sebagai contoh, tugasan pada minggu ini memerlukan saya sebagai bakal guru yang mengambil subjek PP Berbantukan Komputer pada semester 3 ini menghasilkan satu pakej pembelajaran bahasa Melayu yang lengkap bagi boleh digunakan sewaktu jam interaksi yang bakal dilangsungkan.
Ringkas, padat, menarik, dan luwes merupakatan kebaikan penggunaan pakej lengkap di dalam mahupun di luar bilik darjah. Hal ini kerana, proses pengajaran yang disampaikan akan membuatkan murid-murid tertarik untuk menjalani proses P & P disebabkan daya penarik yang disediakan oleh guru di dalam sesebuah pakej itu. Tambahan lagi, sewaktu proses pembinaan pakej ini pembuat pakej perlulah memikirkan beberapa fokus yang harus diutamakan agar apa yang ingin disampaikan akan berjaya dengan jayanya tanpa sebarang kekurang.
Antara fokus yang perlu diutamakan seperti pembelajaran koperatif dan kolaboratif serta pembelajaran kontrak yang dijalankan dengan bantuan dan bimbingan guru sepanjang proses P & P. Hal ini kerana, penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi secara langsung seperti Komputer Riba, Pemancar dan aplikasi-aplikasi yang berkaitan dengan komputer digunakan secara maksima agar ianya lebih updated dan menarik selaras dengan arus pembangunan negara dan keadaan sekeliling.
Secara personalnya, saya merasakan yang penggunaan pakej ini amatlah membantu guru dalam menyampaikan sesebuah pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dengan jayannya melalui bantuan kemudahan yang digunakan. Jelasnya di sini, seorang guru akan lebih mahir dalam perkara yang diajarnya tanpa menunjukkan kecacatan kerana pandai menggunakan aplikasi-aplikasi yang mudah kepada sukar. Dalam pada itu juga, murid akan lebih mudah menerima pelajaran yang cuba disampaikan oleh guru mereka yang akan membuatkan P & P pada hari tersebut lebih bermakna dan beerti.
Sekian Terima Kasih,
Rudy Roslan.