Refleksi Minggu Pertama
Assalamualaikum WBT, salam Sejahtera dan salam 1Malaysia.
Tugasan pada minggu ini memerlukan guru-guru pelatih yang mengambil subjek Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (BMM3105) untuk menggunakan aplikasi enjin pencarian bagi mendapatkan maklumat yang lengkap terhadap alamat Internet, katalog Internet, dan fail Internet. Segala pencarian dan penemuan tersebut sebenarnya amatlah berguna bukan terhadap guru malahan untuk kegunaan pada jangka masa yang panjang. Hal ini kerana, dengan menyimpan alamat Internet, katalog Internet dan fail Internet; guru boleh dijadikannya sebagai rujukan dalam proses penyampaian PP di dalam atau luar kelas.
Cepat, bermakna, dan praktikal merupakan di antara kebaikan yang diperolehi melalui proses mencari dan menyimpan kesemua maklumat yang telah dijalankan. Tambahan lagi, pendidik mampu menyampaikan maklumat dalam bentuk penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi memudahkan lagi proses penyampaian PP secara langsung dan berterusan tanpa sebarang halangan.
Dalam pada menyiapkan tugasan pada minggu pertama ini, terdapat beberapa cabaran yang telah saya hadapi seperti kurangnya pengetahuan terhadap penggunaan aplikasi membina laman sesawang, lambakan tugasan dan komitmen lainya, jaringan internet yang lembap dan sebagainya. Tetapi dengan berkat tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan oleh pensyarah pembimbing akhirnya segala kesulitan dapatlah di atasi dengan baik dan lancar. Seperti pepatah melayu "Alah Bisa Tegal Biasa" dapatlah diaplikasikan kepada situasi di mana dengan usaha dan semangat yang diberikan serta ditunjukkan akhirnya penghasilan tugasan ini sempurna dengan jayanya.
Sekian Terima Kasih,
Rudy Roslan.